Khamis, 12 Jun 2014

Kata kata renungan



Assalamualaikum wbt...


Moga semuanya di rahmati Allah swt di awal pagi penghulu segala hari... 


Dimalam hari, kita dimatikan. Dipaginya pula kita dihidupkan. Sedarlah wahai sekelian insan. Kuasa illahi tiada tandingan.


Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahusegala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.



Bila kita akur jodoh pertemuan & berpisah itu kehendak yang Esa. Usah sesekali menyimpan dendam & benci seandainya bertemu & jodoh tidak memihak



kita hanya perlu menoleh kebelakang untuk menyedari kesilapan kita & menjadikan itu sebagai landasan untuk kita tidak mengulangi kesilapan yang sama


rosak akhlak, bukanlah kerana pengaruh orang, tetapi kasalahan sendiri,kerana tidak mempunyai ketegasan diri.


Janganlah mengharap pertolongan insan yang terbatas. Mintalah pertolongan dari yang ESA. Jika permintaan kamu dikabulkan bersyukurlah. Usahlah berputus-asa.


Kenalilah satu KEKALAHAN,agar kau rasa Manisnya setiap KEMENANGAN..Dan Jangan kau hanya kenali KEMENANGAN,agar kau tak terasa Pahitnya satu KEKALAHAN.


Siapa yang mengenali hatinya, maka ia akan mengenal siapa dirinya, siapa yang mengenal siapa dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya.


Moga ada manafaatnya.


Wassalam....



Tiada ulasan: