Ahad, 10 Mei 2015

PERITNYA BILA DIJAHIT KALI KEDUA TANPA UBAT BIUS

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama rasanya tak jenguk blog.rindu sangat nak menulis..

Saat ni ada di rumah mak dikampung..melihat anak2 berlari dn seronok dengan sepupu mereka, tetiba teringat saat saat melahirkan anak2 yg kini dah tiga orang...tapi paling tak dapat di lupa bila ingat kembali saat2 lahirkan anak sulung.sungguh! Memang tak dapat dilupakan dimana dayah terpaksa dijahit dua kali.kali pertama selepas lahirkan kak ainul (nama anak sulung) dan kali kedua time nak discaj.

Kali pertama dijahit tu memang banyak la jahitan kan.pengalaman first bersalin anak sulung katakan.memang tak banyak yang tahu.hihi..tapi Alhamdulillah walaupun tak da pengalaman, masuk labour room pukul 7 30 malam, dayah selamat lahirkan anak sulung pukul 10 malam itu juga..syukur sangat2:)

Tapi dayah diuji dengan dijahit kali kedua tanpa diberi ubat bius.memang camtu la kot peraturan hospital kot.kalau jahitan terbuka kembali, memang akan jahit kembali tanpa di bius..pucat jugak muka bila dengar camtu..tapi redha ja la..dah excited nak balik.

Kenapa luka jahitan kena jahit semula?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Sebenarnya dua hari baby sulung dayah asyik menangis ja..dayah sebagai ibu sangat takut, gelisah, dengan luka masih baru..dua hari di hospital sungguh lama rasanya..dayah tak tahu nak buat camna.dayah hanya mampu menangis dn bacakan zikir pd baby..macam2 la kat fikiran dayah masa tu.rasa baby nampak macam2 la.tapi baby lain tak nangis pun.rasa baby kembung. Tapi hari2 berak dn dayah dah urut dengan minyak.

Memang blur dan hilang punca.nurse pun tak tahu lagi nak buat camna.boleh dikatakan dua hari dalam wad sungguh mnguji kesabaran dayah sebagai ibu dn dalam keadaan masih lemah.bby dayah hanya tido bila dayah zikir dn berjalan dalam hospital tu.dayah terpaksa berjalan dalam wad sepanjang malam sebab dayah tak tahu apa puncanya bby asyik menangis.Hanya Allah yang tahu keadaan dayah yang makin lemah.tak cukup tido.

Akhirnya hari ketiga dayah dah boleh balik..gembira? Ya Allah hanya Engkau paling faham perasaanku saat tu.guard yg dok jaga malam siang..nasihatkan dayah berubat cara kampung..baiknya hati diorang sanggup pegang baby dayah malam2 utk redakan bby dari menangis.

Hari nak discaj itu la dayah kena buat pemeriksaan jahitan semula sebab nurse yang bekerja shift malam tengok dayah terlalu banyak bejalan dan diorang menjangkakan jahitan dayah pasti terbuka..dan dayah memang tak nafikan sebab dayah bleh rasakan luka jahitan dayah semakin sakit dan berdenyut.

Akhirnya betul apa yang nurse jangkakan..dayah perlu dijahit semula sebab dah banyak jahitan terbuka..dayah rasa air liur kelat ja bila ditelan sebab dah diberitahu dayah akan dijahit tapi tanpa ubat bius..

Ngilu?

Apa yang boleh dayah katakan lagi kan? Benda dah jadi dan dayah redha.yang ada difikiran hanya nak balik rumah ja.huhu..memang sangat2 mencabar dugaan sebab dayah plak first jadi ibu.baru 21 tahun masa tu.

Bagi dayah buat la apapun asalkan semuanya selesai dn dayah tahu dijahit takkan sesakit hati ini bila lihat anak menangis sampai dah tak ada suara.sedih..pilu dalam hati ni sebab umi tak dapat faham apa yang baby umi sedang rasai.

Masa dijahit tu dayah terpaksa tahan sakit yang amat sangat..mengalir air mata ni tak tertahan.tapi fikirkan dan cekalkan hati..semuanya demi anakku.

Selesai semuanya dayah pn pulang dan di rumah pun bby dayah masih dalam keadaan yang sama..menangis sampi tiada suara. Mak dayah turut sedih sebab tak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.esoknya waktu subuh.mak minta nak salinkan pampers baby dayah sebab kesian tengok dayah bejalan dalam rumah pujuk anak tido.masa mak sedang cuci najis baby dayah, mak terperasan satu urat tali macam berlendir kat kemaluan baby..mak cuba tarik..

Tiba-tiba.......

Air kencing baby dayah memancut keluar dengan sungguh sungguh banyak.rupanya anak dayah menangis sakit ari arinya sebab tersumbat tak boleh kencing..

Dayah menangis sebab rasa bersyukur sangat2. Start lepas salin pampers tu..Alhamdulillah anak dayah tido sangattt lena dah dayah pun bersyukur sebab dapat rehat lebih lama time baby lena.dayah terlalu letih sebab berjaga dan tak cukup tido..

Stress memang dayah rasai tapi masih dapat dikawal.syukur segalanya telah berlalu.kini anak sulung dayah telah berumur hampir 8 tahun dan menjadi salah seorang pelajar pintar disekolahnya..

Kenangan umi lahirkan kakak ainul takkan umi lupakan selamanya..

Kini kak ainul dah miliki dua orang adik yang kacak dan comel. :)

AINUL MARDHIAH 8 TAHUN
ADAM ANAQI 5 TAHUN
ANNUR HUMAIRA 1 TAHUN 8 BULAN

TERIMA KASIH ALLAH DAN TOLONG JAGAKAN MEREKA UNTUK HAMBA:)

Tiada ulasan: