Sabtu, 20 Disember 2014

MAAFKAN.....

Tak semua orang mampu memaafkan tambahan lagi kelukaan itu sangat lama kita rasai(feeling plak memalam ni..hihi)

Sebenarnya dua tiga hari nie dok tengok cita cita kat tv banyak yang feeling2 sedih gitu..kekadang terbawa bawa si watak yang banyak dilukai tu..penghujungnya sering memberi kemaafan pada orng yang melukakannya.adakah ini memang benar2 terjadi dlm masyarakat kita kini..disakiti berkali kali..namun akhirnya ungkapan sy maafkan awak juga diberi.atau hanya lakonan yang hnya ingin mempamerkan bertapa bernilainya kemaafan buat kita.

Hakikatnya ada kemaafan yang mudah dimaafkan.sebab pekara itu mungkin tidak terlalu melukakan hati.namun andai sesuatu itu terlalu melukakan hati dan kelukaan itu dipendam bertahun tahun..adakah keikhlasan untuk memaafkan itu benar2 ada?? Tepuk dada tanya iman..

Kenapa tanya iman?? Hnya iman dalam hati sahaja lebih tahu kita benar2 memaafkan dan benar2 melupakan atau sebaliknya..saya penah melihat satu rancangan telivesyen secara live yang mana seorang ibu menyumpah anaknya dan mengharapkan anaknya terima balasan yang buruk.bayangkan dia seorang ibu. .tidakkah ibu itu perlu memikirkan dahulu betapa penat lelahnya mengandung, melahirkan, membesarkan anak itu..tapi akhirnya kerana marah dan dendamnya dia menyumpah anaknya dalam rancangan siaran langsung itu.satu pekara yang sangat mengejutkan kita yang menonton.namun itulah salah satu dendam dan marahnya seorang ibu mungkin kerana kelakuan anaknya terhadap dirinya yang si ibu rasa amat sukar dimaafkan dan lebih baik terima balasan.kenapa sukar memaafkan?? Itulah kekuatan dan gambaran keimanan seseorang.sedangkan si ibu itu sekiranya memaafkan mungkin saat itu anaknya sedang melihatnya di kaca televisyen dan mungkin akan berubah melihat air mata si ibu yang menderita dengan sikapnya.dan si ibu sepatutnya lebih sedar apalah gunanya dia membenci anaknya kerana kebencian si ibu sangat mengundang kebencian Allah..

Ada satu lagi kisah dayah lihat di mana si bisu sering dibuli dan dipukul.malah lebih sedih hnya anak yatim dan hanya miliki seorang ibu yang tua yang menyayanginya..hamba Allah yang bisu ini sering mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa mentaati ibunya.namun ada rakan sebaya yang juga seorang pencuri sering membulinya bersama2 kawannya.

Suatu hari mereka menculiknya.menuangkan arak ke mulut dan badan lemahnya hngga pengsan kemudian menyeretnya pulang ke rumah si ibu dan menuduhnya minum arak dan menunjukkan si bisu itu barang barang curian.si ibu malang itu sangat kecewa dengan anaknya..tapi diakhir cerita kawan2 yang membuli ditangkap dan barulah kebenaran terbongkar bahawa si bisu hanya difitnah.lebih menyedihkan lagi ibu si bisu meninggal dunia.

Belum pun ibu si bisu disemadikan, si bisu mendapat tahu bahawa mereka yang membulinya telah ditangkap dan ungkapan terakhir yang keluar dimulut si bisu itu adalah 'saya maafkan'sambil menangis.betapa mulia hatinya dengan mudah masih memaafkan walaupun diperlakukan begitu padanya.

Yang penting sebenarnya sukar nak di luah dengan kata kata ungkapan maaf itu sendiri..namun andai kita ada dosa yang menggunung pada Allah, sekelip mata Allah maafkan..tapi dosa kita sesama manusia tetap takkan hilang jika orang yang dilukai itu tidak memaafkan..

Mengata sesuatu yang buruk tentang orang lain padahal pekara itu benar dipanggil MENGUMPAT.

tetapi mengata sesuatu yang buruk tentang orang lain padahal ianya tidak benar, dipanggil FITNAH.

KEDUA DUA TEMPATNYA DI NERAKA.
NAUZUBILLAHIMINZALIK.

Tiada ulasan: