Isnin, 1 Disember 2014

Tahniah kakak ainul:)

Pada 19/11/2014 baru baru nie..saya dan suami hadir pada hari anugerah kecemerlangan murid di sekolah anak sulung saya (ainul mardhiah)

Yang excitednya kak ainul berjaya mendapat tempat pertama dn 4 mtapelajaran terbaik.
(Opps...umi dah lupa syg apa subjek tu...sorii)

Hari tu berjalan dengan lancar..adam n humaira (anak kedua n ketiga) pn  tak banyak kerenah ada dlm majlis macam nie yg mana bagi kanak2 mmg rasa lama la..bagi umi n ayah jap ja rasanya..tp syukur sbb dah buat stok segala snek bagai bagi anak2 tak buat perangai.

Kak ainul mendapat semua pelajaran gred (A).Lagi mmbuatkan umi terharu peperiksaan pertengahan tahun pn kakak dapat (A) semua matapelajaran.

Time petang kami ke sekolah kafa plak sebab kak ainul dapat no tiga dn terbaik dalam lughatul quran..sekali lagi umi terharu dan bersyukur dikurniakan anak sehebat kakak.

Kakak nk tahu..andai satu hari nnty kakak dah pandai buat blog sendiri macam umi..dan akak baca entri umi nie..umi nak akak tahu yang umi sangatttt bangga dengan kakak.umi bersyukur sebab sejak kakak lahir, dari tak tahu apa2 umi sentiasa mendoakan Allah buka pintu hati kakak, lapangkan hati kakak agar mudah terima ilmu yg berguna..cepat mmbaca, cepat menulis, cepat mengira.ternyata doa umi Allah terima sebab dari kakak umur 6 tahun kakak dah pandai baca dan tulis jawi,pandai membaca, mengira.malah masa kakak belum pn 3 tahun kakak dah tahu bezakan warna, bentuk, cuma belum pandai tulis.umur 3 tahun kakak dah mula pandai kayuh basikal, pandai sangat menyanyi lagu dipondok kecil, sepohon kayu..umi masih ingat semua tu..sebab umi terlalu mnyayangi kakak waktu tu..segala buku yg kakak nk umi beli.syukur Allah perkenankan doa umi dan sampi sekarang umi tahu Allah masih mendengar doa umi dengan terbukti nya kejayaan kakak tempoh hari.

Umi juga mendoakan kejayaan adik2 kakak (abg adam dan adik humaira) dengan doa yang sama.umi takkan letih berdoa untuk anak2 umi sebab umi nak kakak, adam dan humaira jadi anak yang hebat dan sentiasa berpegang pada jalan Allah..matang menjalani hidup dan berani berhadapan dengan hidup.dekatkan diri pada Allah dan yakin setiap pertolongan dariNya.jangan tinggalkan Pencipta kita walau kita susah atau senang.

Umi dan ayah bangga sangat2 tengok kakak naik stage ambik hadiah.air mata umi mnjadi saksi betapa bahagianya umi dan ayah melihat kejayaan kakak.walaupun masih di tahun satu tapi kakak berjaya buktikan kakak dah tunaikan janji kakak pd umi utk buat umi dan ayah hepi:) :) :) :)

Teruskan perjuangan ye kakak..umi dan ayah takkan berhenti berdoa kejayaan kakak dn adik2 agar berjaya dunia dan akhirat. Jadi anak yg sopan dan berakhlak baik.miliki sifat malu tapi kena pada tempatnya.kerana malu itu separuh dari iman.malah adalah satu perkara dan sifat yang wajib seorng anak gadis miliki sifat malu.

Tahun depan adam akan mula bersekolah di taski ABIM.moga adam juga diberkati Allah miliki akal yg bijak dan matang.jadi anak lelaki yg soleh, berakhlak baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Moga kita sekeluarga jadi satu keluarga yg bahagia, dirahmati dan sentiasa dalam redha ilahi.

Umi..ayah...sayang kakak ainul, abang adam dan adik humaira.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Tiada ulasan: